i'm born this way

Thursday, 19 November 2015

Results for Semester 3

Salam and hello everyone !

Results baru je keluar dalam ' seminggu yang lepas ' eceh . 

Kalau nak ikutkan result uitm akan keluar 13/11 hari Jumaat untuk semester ni lah . Tapi Khamis malam tu biasanya akan dapat through email , and menjadi kebiasaan jugak untuk siapa pengguna gmail yang akan dapat results dulu daripada pengguna yahoo . Tapi jangan lah risau sbb dalam 10-15 minit pastu siapa yg guna yahoo pulak dapat email . Takdalah lambat 4-5 jam haa gitu .

Kalau mcm masa del part 1 dulu sumpah lama gila nak tunggu results . Bayangkan dah lah time tu first time tunggu result final , pastu dalam group whatsapp dah heboh2 ada yg dah dpt email lah apa lah . Del guna yahoo so mcm terpinga pinga jugak lah kenapa aku tak dapat2 lagi . Kejap2 del dok refresh email tapi takda jugak . Memang tak tenteram lah nak tidur malam tu kejap2 terkejut check email tapi takda jugak . Last2 bangun pagi esok tu baru dapat dalam pukul 9 pg mcm tu . Tapi berbaloi lah tunggu lama , even tak dl sem 1 tp results amat memberansangkan ehem . 

Tapi sekarang bagus lah Uitm has made a lot of improvements , since del Part 2 result dapat cepat dari jangkaan . Masa part 2 i was like ni mesti bagi harapan lagi results ni , mesti keluar esok pagi . Tengah chill2 tengok tv tiba2 dapat email from ' sims@SALAM.UITM.EDU.MY ' . Gila tak gelabah mcm weh cepat pulak dapat . Memang takut jugak masa sem 2 sebab carry mark com theory del tak berapa nak banyak sangat hahaha . Kau paham kan mcm mana bila carry marks tak berapa nak membantu ni . Tapi apa2 pun mmg time final tu memang del pulun study gila2 subject tu sbb taknak repeat . Siapa je nak repeat kan . Gila pedih . Masa bukak je email first thing mata akan pandang adalah " LU " tu haa . Tengok LU tu berderet je sampai ke bawah lega lah sikit sebab lulus semua hahaha . cgpa gpa tak tengok lagi tu kelaut ke tidak . Tapi Alhamdulillah sem 2 dapat 3.46 syg kan sikit lg nak dl tp syukur .

Sem 3 hmm , sangat tak expect sebab masa sem 3 banyak benda2 yang agak mengganggu emosi , mental dan fizikal terjadi . Del taknak lah cakap pasal apa kan . Masa awal2 sem aku happy gila sbb aku dapat apa yg aku nak selama ni . Tapi makin lama benda2 yang buat aku happy ni semua yg down kan aku balik . Taktaulah mungkin bukan rezeki kan nak buat mcm mana . Seminggu sebelum final tu , mcm2 masalah timpa . Susah aku nak cerita . Mata pun dah mula berkaca dah ni hahaha sensitif nya i hmm . 

Ok seminggu sebelum final tu aku agak terkejut dengan masalah2 yang terjadi . Aku mmg taktahu nak cerita and luah kat siapa sbb aku tak rasa orang boleh faham perasaan aku and masalah aku . Memang lah aku ada roommate and diorang pun baik and membantu just aku rasa masalah aku tak sesuai untuk dikongsikan dengan diorang sbb aku taknak lah menyerabutkan otak diorang kan . So aku pilih untuk diam and pendam je , and kalau aku cerita pun aku cerita kat sorang dua je yg kira rapat lah dengan aku . And daptlah jugak nasihat2 yang berguna . Tapi tak semua berguna

Masa tengah final , 4-5 dugaan datang sekali gus . Memang tough gila masa tu rasa down sangat sampai aku tak lalu nak makan , nak focus study lagi mmg minggu2 final tu minggu yang penuh tangisan sumpah . Aku banyak diam , aku suka sorang2 , aku tak suka bercakap . Aku tak balik rumah , sebab biasanya kalau time final aku suka balik and study kat rumah , bila ada paper baru aku balik lendu awal pagi . Tapi sem ni almost semua paper aku study kat kolej . Paper PR je aku study kat rumah . Aku taknak balik sebab aku takut family aku terkecil hati ke kalau aku emosi tiba2 , aku taknak lah stress aku dengan masalah tu sampai kena tempias kat family . aku lagi rela pendam sendiri . Bila mama whatsapp adik tak balik ke minggu ni . Aku just jawab , " adik tak dpt balik lah ma sbb gap paper tak banyak pun 2 3 hari je , adik study sini je , nanti kalau ada paper gap panjang adik balik " . Aku asyik bg alasan mcm tu je sbb tu je aku mampu ckp , kesian and sedih lah jugak tp better mcm tu . 

Masa tu paper PR paper second last before Journalism and gap dalam 4 hari jugak lah . And time tu aku dah tak sanggup dah nak duduk lendu lama sbb makin lama dugaan2 tu semua makin berat gila . Aku asyik bayang nak jumpa ayah mama dgn hana je sebak gila ;( Habis je paper PR aku straight drive balik rumah , excited gila nak balik kau taktahu berapa laju aku drive nak balik tu semangat kemain hahaha .

Dalam banyak2 paper sem 3 ni subject Entrepreneur lah paling aku down gila . Kau bayangkan aku dengan groupmate semua dah berhabis habisan buat Business Plan yang tebal gila babi tu selama 3 bulan and madam cakap tak perlu hantar hardcopy , dia nak softcopy so kena burn lah semua bahan dalam CD termasuk gambar2 masa presentation and gambar booth masa etr day semua . Last2 sehari sebelum paper ETR tu , aku tengah study kat bilik aina , petang tu carry marks keluar and aku terkejut gila group aku takda markah for report . dah lah 30% sumpah muka aku dah pucat dah , dah lah paper subject tu esok . bayangkan 30% mmg sikit gila lah carry mark aku and yg lain . Aku dah down gila masa tu and groupmate aku semua dah ws aku personal tanya ' del tak hantar ke cd haritu ' and semua2 lah . As orang yg dipertanggungjwab untuk settlekan benda tu semua aku rasa bersalah gila lah sbb apa2 jadi semua salah aku lah kan . tak cakap banyak and aku straight mintak farah call madam , tiba2 mdm ckp CD group aku tak boleh read and i was like kitorang hantar dah seminggu lebih kot kenapa mdm tak cakap awal2 kan tak boleh read . if bagitahu awal kitorang boleh burn yg baru , tp nak bising2 pun tak guna dah esok tu nak paper and aku dengan serabainya sarung tudung masuk kereta balik dang anum , tunggu farah burn report baru and straight gi kpp2 hantar kat bilik madam . Madam pulak dah balik and kitorang selit bawah pintu mdm je CD tu tawakkal je madam dapat tengok report kitorang . 

Sabar jugaklah masa tu , dah lah esok paper , pastu aku baru study sampai chapter 7 out of 11 chapters and tiba2 masalah datang . Masalah lama pun tak settle lg datang masalah baru . Kau dapat bayangkan tak betapa jatuhnya aku masa tu . Tapi aku syukurlah sbb aku ni mmg jenis bila ada masalah mmg cepat gelabah tp aku tak cepat melatah . Macam mana teruk pun aku akan diam and pendam and doa and fikir positif . Benda2 ni membantu lah buat aku jadi lebih baik and kuat . Bukan nak tunjuk aku bagus and baik , tp just nak share and u guys might try this . 

Lepas paper pagi tu rasa lega sikit lah even bahagian essay susah nak mati sebab keluar soalan dia suruh buat project implementation cost . Matilah nak aku tak paham langsung pasal benda ni . Tapi Allah tu nak tolong kan , dapat pulak option soalan lain dia suruh lukis symbol and explain makna symbols tu semua dalam operation plan . Rezeki aku agaknya sbb dalam group mmg aku jadi Operational Manager so mmg aku yang buat benda tu so aku tahulah maksud2 symbol tu semua syukur gila . Dah lah long essay tu 20 marks gila kalau tak buat betul2 . Alhamdulillah lah masa sebelum result keluar aku bayang dpt C pun alhamdulillah asalkan tak repeat sekali dapat B plus syukur gila .

Masa dapat result malam tu , aku rasa happy sebak semua ada sbb tak sangka boleh dapat Dean List . Aku just fikir , aku berjaya kawal diri , perasaan , emosi aku semua dari terlalu ke arah negatif . Aku just anggap benda tu semua tuhan bagi sebab nak uji , and tuhan tunjuk kat aku siapa yang sanggup ada dengan aku masa aku susah . Susah payah , jatuh bangun aku sem 3 ni terbayar lah . 

Satu benda yg aku selalu buat untuk ketepikan masalah aku and kuatkan semangat nak belajar tu bila aku teringat dekat mama and ayah . Aku fikir positif je kalau aku letak masalah aku dan orang yg create dugaan tu nombor satu , sia2 je satu sem aku bertungkus-lumus . Aku cuba letak tepi semua benda , fikir nak bagi mama and ayah happy and bangga , then aku start study . Trust me , bila kau buat mcm tu and nak start study je mesti akan lagi focus and senang je benda2 tu masuk and senang faham . Plus kau akan secara automatic nya bersungguh sungguh nak study . Walaupun aku malu nak mengaku tp jujur aku cakap aku ni boleh dikategorikan bebal akademik dan tak pandai mana . Mungkin sebab sikap pemalas tu membuatkan aku tak berapa nak pandai

Dan bila dalam exam hall , jangan lah kau acah2 dan pasang niat nak keluar awal . bukan tak boleh , boleh je kalau kau dah rasa yakin dengan semua jawapan kau . Tapi fikir lah , dia bagi masa 3 jam , kenapa nak keluar awal sedangkan tu jelah masa yg kau ada nak back up balik carry marks kau yg kurang semua tu . Kena lah buat all out kan , sebab paper final tulah jalan terakhir nak score semua subject . Buat slow2 and jangan give up cepat , even soalan tu susah nak mati dan kau mmg takda idea dah . kau buat je point kau sendiri yg kau rasa logic dan elaborate . Jangan tinggalkan kosong , sayang brader . Even kau rasa mcm " eh bodohnya point2 dan jawapan aku ni " tapi lantaklah asalkan ada logiknya dari kau sombong taknak tulis apa2 kan . Tu mmg aku amalkan dari sem 1 bila keluar soalan2 tak dijangkan ni nak2 part long essay mmg harom betul . Percayalah cakap aku benda entah apa2 ni sangat membantu 

Aku happy and aku bersyukur dengan result sem ni . Lagi happy bila ayah mama happy . And tambah happy lagi bila ada jugak yg ucap tahniah dan sedar kesusahan yg aku hadap sem ni and still managed to get in the dean list . Dapat whatsapp from fafree , " Congratulations del ! Fafree salute kat del , time exam tu mcm2 jadi kat del tapi at last dapat DL " . aww , tq sangat2 faf , she's one of the person yang dalam diam dalam senyap bantu jugak aku bangun perlahan lahan . Dia nampak dia yg tengok aku nangis teruk masa macam2 timpa . Tq fafree and tq sangat2 jugak dekat orang yg selalu ada bila aku susah and tempat aku nak cerita masalah , tq to ainna , ain and tasha tqsm :')<3

Apa yg aku belajar sem ni adalah , pilih kawan yang betul , kalau nak sayang orang , fikir betul2 berbaloi tak kalau kau curahkan semua perasaan sayang kau kat dia , dapat tak dia buat benda yang sama . And the most important thing is belajar untuk banyak sabar , fikir positif dan mudah untuk memaafkan orang . Bila kena pijak kena ludah dengan manusia , kena perli , kena maki hamun dalam senyap dekat social media jangan cepat melatah . Bercakap bila perlu je . Lebih baik diam dan jangan sombong nak mengadu pada yang pasti.

Walaupun kita bebal , jangan putus asa untuk berusaha . 



delna