i'm born this way

Thursday, 26 June 2014

MDS UITM LENDU

                                                    

                                    ASSALAMUALAIKUM

  

 Experienced first day masuk UITM lendu . 


Aku di kira first intake yang masuk dalam tahun 2014 . masa dalam kereta otw ke uitm , aku berdebar2 sangat and rasa sebak . mungkin aku sedih nak tinggalkan family , mungkin aku takk ready nak hidup berdikari lagi , macam2 lah dalam fikiran aku . masa dalam kereta , aku senyap je . mama pun tak bercakap langsung dengan aku , maybe dia pun tau aku ni jenis cepat nangis nak2 bila dah tak  duduk serumah lagi . so untuk mengelakkan dari aku yang cepat dan mudah nau nak nangis ni , mama and ayah diam je . aku sampai dalam pukul 9 lebih camtu , aku straight g kolej and daftar . aku dapat kolej tun hasan . kolej tu cantik gila nak dibandingkan dengan kolej2 lama yang lain . 



Then lepas daftar dapat kunci bilik and aku angkat barang straight naik . aku dapat tingkat 1 . kau ingat aku rajin sangat nak menapak sampai tingkat 3 ? bersyukur gila dapat tingkat 1 . even bilik dia agak kecik sikit tapi aku bersyukur gila sebab kolej aku tersangat2 lah bersih and cantik . k aku cerita pasal toilet lah eh . toilet selesa gila , tempat cuci baju diasingkan , tempat wudhuk diasingkan , sink nak cuci muka and berus gigi or whatever pun diasing kan , same goes with shower and bilik termenung as well . if you know what i mean . sebab masa aku hantar member aku pergi salah sebuah kolej lama ni , bukan nak ngutuk ke apa lah tapi aku sendiri tengok pun tak selera , sinki basuh baju , cuci muka , berus gigi , angkat wudhuk semua satu tempat . kau paham tak apa yang aku rasa masa tu ? syukurnya aku masa tu . maybe bila part 2 nanti aku kena duduk kolej lama jugak , tapi aku nak jugak stay kat Tun Hasan sebab even baru 3 minggu aku stay situ.

Then lepas dah kemas barang semua roomate aku lagi dua orang sampai . dan yang paling best , sorang roomate aku tu budak sekolah aku dulu iaitu farah huda . gila kau tak happy . dah lah kitorang masscom sama , dapat sebilik pulak tu . sorang lagi from seremban . lepas dah kemas2 barang terus duduk bawah jap , then dalam pukul  2 lebih macam tu , mama kata ' k eh dik , mama balik tau . ' haaa , start je mama cakap macam tu dah bergenang dah air mata . sebak gila time tu , then dah salam dah cium pipi peluk bagai mama and ayah pun balik . aku tak paham kenapa aku sedih gila masa tu . padahal rumah aku dalam melaka je pun . mengada kan. Pastu aku naik bilik , aku bual2 dengan roomate aku sampai ada announcement suruh kitorang berkumpul kat bawah . dalam 3.30 petang bermulalah program " minggu destini siswa" kitorang kena jalan kaki dari kolej sampai DTS ( Dewan Taming Sari ) . kau tau tak punya jauh dts tu , dah lah jauh , kena naik bukit lak tu . subhannallah , banyakkan bersabar jelah masa mds tu . sampai je kat atas tu memang baju semua dah konfem2 basah dengan peluh . masuk2 je kat dewan layannn je dapat aircond . duduk dalam tu banyak dengar taklimat jelah . seminggu orientasi tu penuh dengan taklimat . student yang masuk ada dalam 1549 orang , student masscom tahun ni paling ramai dalam sejarah . dalam 500++ budak masscom , yang selebihnya untuk course2 lain . sumpah ramai gila , asal aku tanya je orang yang duduk sebelah aku , ' awak course apa ? masscom 110 ' ohh samalah . haha , antara soalan2 cliche yang aku dengar dalam seminggu orientasi 

                                                - course apa ?
                                                - kolej apa ? 
                                                - level berapa ?
                                                - dari mana ?
             
percayalah cakap aku , korang yang otw nak masuk uitm akan terbiasa dengan soalan2 ni . dalam dts , tu best ah jugak sebab abang2 and kakak pmds semua kelakar and baik . tapi penat jugak sebab masa orientasi ni , konfem dapat tidur 2 - 3 jam je . bayangkan eh aku bagi kau carta alir aktiviti kitorang sepanjang mds . carta alir lah sangat

  1.  aku bangun pukul 3 or 3.30 pg nak mandi sebab takut bilik air penuh .
  2. dah siap pakai baju straight turun bawah berkumpul sebab semua kena turun paling last pukul 4.30 
  3. tu pun kalau semua dah turun baru boleh gerak g masjid al hidayah 
  4. sebelum azan dengar kuliah subuh dulu
  5. lepas solat ada kuliah sikit lagi 
  6. dalam pukul 7 , kitorang beratur and gerak gi dts untuk sarapan . jauhh beb 
  7. lepas sarapan masuk dewan 
  8. dalam dewan taklimat all the time sampai pukul 1 , then berhenti solat zohor and lunch . pastu masuk dewan balik dengar taklimat 
  9. sampai pukul 6 berhenti solat asar , dinner , pastu straight jalan pergi masjid al hidayah untuk solat maghrib .
  10. sampai masjid tunggu azan , lepas solat ada kuliah maghrib sampai isyak pastu sambung kuliah sikit lagi pastu dalam kull 9 kitorang gerak balik kolej .
  11. sampai kat kolej kena kumpul kat bawah dulu sebab nak buat head count takut tak cukup . dan time berkumpul tulah jugak kitorang kena marah kena tengking dengan senior2 sebab ada lah certain2 silap yang kitorang buat . contohnya kebersihan kat kolej perempuan , paham2 jelah kan pasal apa . takpelah memang dah salah nak buat camna kan 
  12. dah habis semua dalam pukul 11 lebih nak ke pukul 12 baru dapat naik bilik . time tulah kitorang nak basuh baju , nak buat tu nak buat ni . dah lah pukul 3 nak bangun balik .
  13. sabar je , seminggu tu memang penat . 12.30 or 1 aku tido pukul 3 bangun balik . KAU NAMPAK TAK ? free2 je aku dapat eye bag

so macam tulah aktiviti aku selama mds seminggu tu . kau ingat dalam dewan tu boleh tidur ? akak2 pmds yang jaga tu pantang nampak siswa or siswi tidur dalam dewan , siapa tidur kena spray dengan air freshener , takpun kena record dalam video tak pun kena ambik gambar . sumpah malu . gambar and video yang diorang ambik tu semua senior2 pmds tayangkan dalam montage masa majlis penutup mds . hahah kelakar gila . tapi masa penutup tu tiba2 sedih sebab banyak pengalaman and kenangan sepanjang orientasi mds . even kitorang kena marah kena tengking tapi at last kitorang sedar benda tu semua buat kitorang disiplin kan diri sendiri bila dah takda pmds guide kitorang lagi . serious aku cakap . mds best cuma yang tak best sebab kena bangun pagi2 and jalan jauh tu je . 

so , nasihat aku kat sini , sepanjang mds tu korang sabar banyak2 jelah . even letih tapi untuk kebaikan dan kepentingan kita jugak . masa mds tulah diorang guide kita untuk buat semua documentation sampai selesai . penting kan ?  so tu jelah aku nak cerita untuk mds kat uitm lendu . bye 

Anywaysss, entry ni iols post masa iols Part 1 and sekarang iols dah part 5. Kakdel nak edit sikit since MDS sekarang kakdel rasa dah berbeza dengan dulu . Dah tak strict macam time2 kakdel dulu. Masa kakdel part 3, lendu dah bina satu lagi kolej baru which is Kolej Tun Sabariah, betul2 depan Faculty Masscom . Dulu kakdel patah hati jugak sebab tak dapat merasa duduk kolej tu sbb tersangat lah selesa dan cantik . ADA LIF DIK KO MAMPU ? fakulti aku pun takda lif dik XD . 

ok2, fyi Kolej Tun Sabariah ni ada 10 tingkat tak silap hakak lah, nanti naik cuti ni akak gi kira balik k berapa tingkat. Ni kolej siswi je tau kau jangan nak acah2 macam study abroad boleh dapat satu level dengan bilik2 siswa , its a NO NO. Kolej ni half untuk student Diploma Masscom dan half lagi untuk siswi Degree . Nak emphasize kan sikit kat sini, kolej ni hanya untuk siswi Masscom , Tourism dan Tesl SAHAJA tak silap kakdel (sorry kalau salah ). aku tahu lepas kau baca ni ada  timbul sedikit rasa kechiwa dan terguris hati kau sedikit kan sbb kenapa course lain tak dapat duduk kolej kayangan ni .

ok first obviously masscommers punya fakulti berdepan dengan kolej ni so senang nak ke kelas untuk student part 1 sebab korang tak boleh bawak kereta dik. since student perempuan lah yang paling ramai dalam uitm ni, tak semua nak jalan kaki nak menapak pergi kelas tambah2 fakulti masscom je yang atas bukit, kakdel tak rasa semua nak jalan kaki, mesti semua nak naik shuttle kan. shuttle kat uitm ni pulak tak banyak, nak naik gi kelas nanti berebut lepastu dah lambat nak pergi kelas. dah lambat nanti kena bebel dengan lecturer pastu bagi alasan shuttle penuh pastu nanti lecturer bebel lagi kenapa tak tunggu shuttle awal2. haa kan dah melarat tu. mcmana kakdel tahu ? kerana masa part one pun aku macam tu dik, kelas 8.30 pukul 8.25 baru aku nak keluar bilik nak gi tunggu shuttle ( kau jangan ikut spesis2 macam ni ).

So bila ada nya kolej Sabby ni, student masscom yang berlambak ni takdalah nak kena naik shuttle lagi nak gi kelas . fakulti dengan bilik tidur kau mmg dah dekat sangat dik 20 langkah je dah sampai. Tu kalau dah bagi keselesaan dan kemudahan tapi tak pergi kelas jugak tak tahu lah kakdel nak kata apa. Pergi lah awal ke kelas dik supaya lecturer tak bising. yang 3 lagi course yg kakdel sebut dapat kolej sabby tu sebab kelas korang semua pun dekat KPP3 jugak . Kpp3 ni = fakulti masscom tp student TESL, tourism pun pakai kelas2 kat kpp3 so jelaslah kenapa mereka yg dapat duduk kolej Sabby ni .okay ?

Alah yang lain2 jangan lah terasa hati ke apa, korang semua pun dapat kolej selesa cumanya kolej tu takda lif lah tu je. course2 yg lain tu semua dapat duduk kolej yang kakdel duduk tu , yang ada 3 tu Tun Hasan , Tun Hamzah , Tun Ali dan Tun Perak. kolej ni semua selesa and best so jangan risau2 okayss. sebab 4 kolej ni dikira baru berbanding kolej yang kakdel duduk sekarang Dang Anum . kolej dang2 ni semua kolej zaman2 mak bapak pakcik makcik kita belajar dulu dik sumpah tak tipu kau bayangkan berapa lama kolej tu bertahan . So bersyukur ok kalau dapat kolej zon C ( kolej TUN ). sebab kolej zon c ni dekat dengan fakulti2 yang lain2 and since separuh student dah naik kolej kayangan and tak perlukan shuttle untuk pergi kelas, so kelebihan untuk koranglah yang dapat zon c ni takdalah nak berebut sangat pagi2 nak shuttle gi class . okays ? ( untuk pertanyaan scroll bawah lagi)

nampak2 kakdel kat  fakulti  tegur2 lah
p/s : if ada soalan yg bermain di fikiran untuk persiapan sebelum masuk uitm or orientasi can ask me on twitter - @nasihadele, DM me on instagram and ask for my number personally also can @nasihadele and wechat also double can - @nasihadele . takpe aku faham mcmana perasaan nak masuk tu , mcm aku last sem , gelabah gila nak buat preparation sebelum mds , sampai semua benda aku google . so aku harap sangat even sikit aku dapat tolong korang :) once dapat my number can whatsapp me personally okay . goodluck !